Love My Family

"I spend more time with them, talk to them, listen to them and give most of my time to them"

Wednesday, December 14, 2011


















Assalamualaikum,

Tiba-tiba terasa nak update aktiviti di sepanjang tahun 2011. Kira blog ni di update setahun sekali. Di awal tahun 2011, Qayyim n Tariq masuk ward disebabkan ulser mulut. Adalah jugak celebrate birthday Mama Abah pada 2Jan2011. Di awal tahun 2011 jugak, saya dan anak-anak banyak ikut abah ke beberapa tempat keje abah spt Penang , Kuantan.









Saya jugak telah membuat satu kerja gila dalam bulan Januari di mana saya pergi ke Kulimiaitu kilang pinggan mangkuk Miyao Take. Setelah di pujuk rayu, akhirnya my hb bersetuju untuk ke Kulim berdua saja semata-mata utk beli pinggan mangkuk. Kami bertolak jam 7pg dan sampai rumah jam 7.30mlm. Kalau ikutkan memang penat, tapi hati yang gembira melihat pinggan mangkuk, hilang rasa penat. Hadiah kuali kaca dapat sehingga 23 pieces, lagi lah hilang rasa penat. Kalau lihat gambar, yang berwarna pink itu adalah mangkuk utk grill. Saya beli tak banyak walaupun harganya amat murah iaitu RM1/RM2/piece. Masa nak beli, tak terpikir kegunaannya, tapi bila dah sampai rumah dan cuba letak atas dapur, amatlah berguna. Kalau buat lasagna and malas nak masukkan dalam over, letak je atas dapur, sekejap je dah masak, rasa lagi enak kot.

Sekian saja utk hari ini, lain kali sambung yer cerita Damia yang betongkat selama 3 bulan, trip ke Bandung .

Salam

No comments: