Love My Family

"I spend more time with them, talk to them, listen to them and give most of my time to them"

Wednesday, December 21, 2011

















Assalamua'laikum,

Hari ni cuaca mendung dari awal pagi dan sehinggalah jam 1 pm, ujan renyai-renyai masih turun. Di waktu cuti sekolah macam nih, ofis pun tak ramai orang, kebanyakannya cuti-cuti Malaysia. Saya saja yang tak boleh nak cuti lama-lama di sebabkan my hb pon tak boleh nak cuti. Cuti sekolah kali ini, saya tak plan kemana-mana cuma dah bawa anak stay di POGH dan berjalan-jalan di utara. Lagipun, trip ke Bandung Oct2011 lepas, saya dah ambil cuti 6 hari.

Cuti Krismas pun akan saya gunakan untuk merehatkan diri di tepi sungai di Ayer Itam dan bermain paintball, flying fox bersama keluarga. Hajat hati jugak nak ke Kampung Dew Kuala Sepetang dan menyewa bot untuk meninjau dolphin and kelip-kelip. Insyaallah.

Saya nak kongsi cerita Ardini Damia yang retak tulang jari kelingking (tapak kaki) di awal tahun 2011. 3 bulan juga lah dia bercuti sakit. Doktor bagi kebenaran untuk ke sekolah tetapi tidak di galakkan. Biasalah budak-budak, kalau turun tangga pun berlari-lari. Kesudahannya, 3 1/2 bulan Damia bercuti pada tahun 2011. Sepanjang 3 bulan jugaklah Cikgu Rozimah jiran saya telah mengajar Damia. Bersyukur sangat sebab ada juga Cikgu yang sanggup ambil dan hantar Damia. Cikgu Rozimah ada lah guru tuisyen eksklusif di Taman Universiti.

Selepas 3 1/2 bulan, bila Damia dah boleh bersekolah dan fiber dia pon dah di buka oleh Dr Azaidin Az Zahra Bangi masalah lain pula timbul. Siapa yang uruskan dia ke sekolah dengan jalan terhencot-hencot. Di sebabkan dia bertongkat selama hampir 4 bulan, saya terpaksa pula ajar dia berjalan dan mmebuat fisio. Sungguh seksa. Kaki Damia akan bengkak/sembab kalau banyak berjalan/berjuntai. Jadi, Damia tak boleh ke rumah transit sebab tak boleh berjalan jauh. Saya terpaksa pula minta tolong Kak Ti jiran saya jugak untuk mengambil Damia di sekolah. Alhamdulillah, Kak Ti sanggup tolong. Jadi, lepas balik dari sekolah, Kak Ti akan hantar Damia kerumah dan tak pergi ke rumah transit. Tariq pun ada lah jugak kawan selain Bibik Mimi. Damia boleh berjalan dengan betul selepas 1 bulan fiber di bukan.

Kadang-kadang rasa nak marah jugak sebab pihak sekolah tidak menelefon saya selepas Damia mengadu sakit kaki. Tapi bila di fikirkan balik, baru dugaan sikit jer nih. Orang lain lagi teruk dugaannya.

Ini di selitkan sedeikit gambar Damia bertongkat.

Wednesday, December 14, 2011


















Assalamualaikum,

Tiba-tiba terasa nak update aktiviti di sepanjang tahun 2011. Kira blog ni di update setahun sekali. Di awal tahun 2011, Qayyim n Tariq masuk ward disebabkan ulser mulut. Adalah jugak celebrate birthday Mama Abah pada 2Jan2011. Di awal tahun 2011 jugak, saya dan anak-anak banyak ikut abah ke beberapa tempat keje abah spt Penang , Kuantan.









Saya jugak telah membuat satu kerja gila dalam bulan Januari di mana saya pergi ke Kulimiaitu kilang pinggan mangkuk Miyao Take. Setelah di pujuk rayu, akhirnya my hb bersetuju untuk ke Kulim berdua saja semata-mata utk beli pinggan mangkuk. Kami bertolak jam 7pg dan sampai rumah jam 7.30mlm. Kalau ikutkan memang penat, tapi hati yang gembira melihat pinggan mangkuk, hilang rasa penat. Hadiah kuali kaca dapat sehingga 23 pieces, lagi lah hilang rasa penat. Kalau lihat gambar, yang berwarna pink itu adalah mangkuk utk grill. Saya beli tak banyak walaupun harganya amat murah iaitu RM1/RM2/piece. Masa nak beli, tak terpikir kegunaannya, tapi bila dah sampai rumah dan cuba letak atas dapur, amatlah berguna. Kalau buat lasagna and malas nak masukkan dalam over, letak je atas dapur, sekejap je dah masak, rasa lagi enak kot.

Sekian saja utk hari ini, lain kali sambung yer cerita Damia yang betongkat selama 3 bulan, trip ke Bandung .

Salam