Salam,
Agak lama tak update blog ni.Takde cerita yang menarik, cuma sekarang ni mood agak ler jugak.Agak-agak kenapa yer?Hanya orang yang mengetahuinya sahaja yg tahu kenapa sekarang ni, waktu yg agak tidak membosankan di ofis. Antara idea-idea yang ada dlm kepala untuk di share:
1.Nisfu Syaaban sudah berlalu, tak lama lagi kita sama-sama sambut Ramadhan.Lepas tu raya..yea yea.
2.My baby Tariq Ziyad sudah berumur 1 tahun pada 28 Jul lalu. Giginya sudah tumbuh 4 batang. Masih merangkak lagi. Walaupun merangkak, kalau tinggal sekejap, nun atas di sana dia panjat tangga. Lagi satu, dah pandai buat perangai kalau tak dapat apa-apa barang yg dia nak, especially makanan. Pantang nampak orang makan, dia nak makan jugak.
3.Qayyim pulak akan berumur 4 tahun esok (11 Aug). Mulutnya, makin besar makin menjadi-jadi. Menjawab je bila mama/abah cakap. Contoh eh:
Dia buka my kitchen cabinet, then dia bg tau Pak Mal dia. "Tengok pinggan-pinggan mama ni, semua ni untuk perkahwinan. Sekarang tak boleh pakai, tunggu perkahwinan yer"
Lagi satu, masa mama tgh drive, dia akan cakap "Bawak kereta tu elok-elok, jangan laju-laju nanti takut 'terbabas' dan 'kemalangan'"
Kalau mama telefon kerumah, "sudah la mama, jangan cakap lama-lama, nanti bil telefon kena bayar banyak, habis duit mama"
Macam-macam lah citer my anak teruna. Sekarang ni tunggu Tariq pulak besar n bercakap.
4. Terima kasih kepada Atok, Pakngah Faizal& MakNgah As, Pakcik Nurul, Cik Nor, MakAnjang yang telah memberikan hadiah kepada Tariq n Qayyim.
Terima kasih dan terima kasih.
Wassalam
---ija
No comments:
Post a Comment