Love My Family

"I spend more time with them, talk to them, listen to them and give most of my time to them"

Monday, December 28, 2009

Percutian ke Sabah.

Kali ni saya nak update info yang boleh digunakan oleh bakal-bakal pelancong ke Sabah.

Day 1
=====

10.15 am-Naik flight
1.00 pm, sampai n terus sewa Innova (RM30) ke Zahra Apartment(2R2B). Apartment ni btol-btol di depan Centrepoint. Bawahnya ada McDonalds. Apartment ni kira mcm adik kepada Promenade. Sebelah menyebelah adalah Promenade Aprt, Marina Court Aprt, Le Meridien. Sampai je we all rehat-rehat sekejap.

4ptg- Jalan-jalan pasar Filipino n Pasar Gaya. Beli sotong, udang, sayur-sayuran, cili, garam. Barang-barang basah disini memang murah. Ikan bakar pun ada dijual kat sini, tapi sebab stay kat aprt, kitorang decide nak masak jer.
Dah puas jalan kat situ, kitorang pergi plak beli brg dapur sperti, beras,minyak,kicap, tempura sebab mlm tuh kitorang nak makan puas2.

Sampai je apartment, masak nasi, n goreng udang n sotong disalut tepung tempura. Memang sedap cicah air asam. Hingga menjilat hingus...

8pm. Dating dengan husband. Jalan kaki di sekitar situ n jalan-jalan cari hotel yg masih kosong. Disebabkan kitorang datang bawa maid, terpaksa la cari Suite Room yang ada hall n at least 1 bilik.

Kitorang pergi ke satu hotel n satu hotel dan sampai lah ke Dynasty Hotel. Receptionist siap bagi kitorang kad n tengok sendiri bilik yang berkenan di hati. Saya terpikat Business Suite( 2 tingkat). Pelikkan? Hotel 2 tingkat. Tingkat bawah disedikan untuk kemudahan meeting, dan tingkat atas untuk tidur. Yang bestnya, ada 2 bilik air n setiap bilik air ada bath tub. Jadi, senang ler kitorang x kongsi bilik air dengan maid.

Dah habis berjalan, we all survey plak reflexology. Mak ai, mahal btol. Baik ku pergi Endah Parade, RM20 for 30 min. Penat berjalan, beli maggi and balik makan dgn anak-anakku yg masih belum tidur.

Day 2

Pagi-pagi lagi saya dah masak udang n sotoong tempura, n masak nasi goreng. Lepas makan husband terus ke Simedarby Car Rental untuk amik kereta yang kami dah sewa(thru online). Saya plak terus berkemas nak check out.

We all dapat Hyundai Matrix baru gitu(WTA). Best btol dpt keter baru.

10a.a. Gerak ke KWSP KK untuk amik Pak Utih (Hafiz) yang baru posting ke Ranau.
10.30a.m. Terus ke Kundasang dengan keadaan jalan yang berliku-liku. Hujan lebat. Banyak btol tanah runtuh, anjing. Agaknya masyarakat disitu membela anjing untuk peneman ke hutan kot. Anak-anakkku seronok dpt tengok gunung ganang.
1.pm. Sampai di Mount Kinabalu Resort n Spa. Resort ni, berada di atas punjak. Masa dlm perjalanan tu, husband cakap, bestnya kalau kita sewa hotel kat atas punjak tuh, rupa-rupanya disitulah kami menginap malam tuh.

Book Suite Room. Ada bilik and ruang tamu. Ruang tamu plak disediakan sofa bed. Breakfast n dinner also provided. DIsekitar kawasan plak ada jambatan gantung,jungle trekking, view mount kinabalu and cuaca mlm sejuk ala-ala cam cameron highland. And also, aircond not provided sebab sejuk bangat.

Petang tuh, kitorang jalan-jalan plak ke Ranau and bila nak pegi ke Hot Spring, dah nak malam. Tak jadi pergi and malam relax je dlm bilik lepas dinner.

Esok paginya, subuh je kejut anak-anak tengok gunung kinabalu dari atas katil. Buka jer tingkap, nampak gunung kinabalu. Lepas breakfast, jalan-jalan disekitar n naik jambatan gantung n meninjau chalet-chalet n laluan jungle trekking.

SAMBUNGAN

10.30am. Bertolak ke KK. Singgah di pasar Kundasang, dan juga Ranau. Lunch di Restoran Senario KK.Memang berbaloi-baloi. Nasi putih + sambal ikang tenggiri 2 ketul besar cuma RM4.50.
Lepas lunch terus bertolak ke Dynasty Hotel. Sampai je, ramai betul manusia di reception kaunter. Memang bilik semua penuh. We all tunggu hampir 2 jam, sebab katanya tgh kemas bilik. At last, i pun mengamuk mcm singa betina. Jam 4 dpt la naik ke Business Suite. Dah kemas-kemas barang, i pun turun ke swimming pool. Bila naik bilik semula...Gerammmmmnya akuuuu...aircond kat tingkat atas rosak.panggil maintenance, repair pun tak boleh. Then, supervisor dia call, nak pindahkan we all anak beranak ke Superior Room 2 bilik. Ada ka?

7.30, turun ke bawah, jumpa sapa tah nama dia, i menjadi lagi singa betina and mengamuk. At last, diorang tranfer we all ke Honeymoon Suite( ada room and hall).No extra charges. Itu yang best. Ok la sebab i bw maid, mana boleh amik satu bilik.

Bila dah sampai ke Honwymoon Suite, Qayyim n Mia menjerit-jerit. Rupa-rupanya ada Jakuzi. Bath room dia, memang besar. Almaklumla Honeymoon Suite.

9mlm. Saya merisik khabar and bertanya pada cleaner ttg kristal/gelang/brooch yg murah. Rupa-rupanya, beli kat pasar malam Sabtu depan Le meridin Hotel adalah lg murah dr Pasar Filipino or Pasar Gaya(Ahad).

Malam itu, saya berdating lg dengan husband ke SPA urut mengurut. Best Best.Sebelah isteri, sebelah suami.Hihihi.

Hari ke 4.Breakfast di Hotel. Lepas breakfast, siap utk pegi ke Pulau Manukan. Satu famili dalam RM100++. Masa naik bot, janji dgn org tuh, suruh datang ambil pukul 2pm.
Sampai disana, bayar lagi fee utk masuk ke taman Pulau Manukan. Adult RM3, Child RM0.50. Anak-anakku mandi sampai itam. Ikan memang kelihatan di tepi-tepi pantai. Tak payah nak ke tengah laut. Dekat-dekat je dah byk ikan.Lunch beli kat tepi-tepi gerai jer.Ingatkan nak cuba buffet dengan mat salih minah salih. Tak jadi, sebab mahal giler.

2pm. Tunggu semual di tempat menunggu bot. Suspen dah masa tu, sebab langit sudah mendung, tp bot tak sampai-sampai lagi. Pukul 2.30 baru la bot muncul. Hujan dan mula menitik sikit demi sikit, masa bot dah melunjur,memang takut and mulut ku tak henti henti mengucap dan membaca apa-apa sahaja ayat yang dapat menyelamatkan kami sampai ke Jeti Jesslton. Ombak dah mula bergelora, sekejap-sekejap jurumudi bot, surh kitorang gerak kedepan, gerak ke belakang. Alhamdulillah, akhirnya sampai ke Jeti Jesselton dgn selamat. Apabila masuk ke kereta, hujan pun turun dengan lebat dan selebat lebatnya. tak tau la, mcmn keadaaan org di laut.

4pm. Selepas hantar maid ke hotel, kitorang solat dan terus gerak ke One Borneo. Pada asalnya, saya nak book Tune Hotel dengan harga 5sen semalam. Tapi my husband tak setuju. Kalu stay kat tune hotel, memang boleh jimat banyakkkkkkkkkkkkkkkkkk sgt. Tp nak buat camner,bos x setuju.

7pm. Berada di Pasar Malam depan Le Meridien Hotel.Pergi ke gerai 23. Dapat la beli set gelang n rantai dengan harga RM18. Berbaloi-baloi. Saya amik dalam 7set dan beli brooch mutiara 70 pieces dengan harga RM1.20/pieces. Ish macam-macam lagi lah di beli.

9mlm. Berada di pasar Gaya. Beli makanan seperti ikan bakar, sotong bakar, udang bakar nasi utk di makan bersama anak2 di Hotel.

Hari Terakhir di KK

7pg. Pasar Gaya Street. Jumpa lg, peniaga gerai 23. Bawa maid untuk membeli pulak. Boleh tahan juga maid aku membeli belah. Terpaksa la, org tuh jual harga yg sama mcm saya beli di pasar malam. Beli ikan terubuk masin, kerepek apertah yang mcm gelang sebab di pesan oleh Makngah As yang mengidam. Balik ke hotel untuk breakfast.

Bersiap-siap utk check out. Lepas check out, jalan-jalan pula ke Plaza Warisan untuk membeli belah lagi. HAhahahaha. Shopping lagi!!! Beli keychain, tshirt, dompet.

PERHATIAN: kalau nak beli TSHIRT, beli lah di Plaza Warisan yer. Murah dari Ranau/Pasar Filipini.

Lunch di Tanjung Aru.

Lepas lunch, gerak ke rumah saudara di Penampang sementara nak tunggu flght balik jam 9.30mlm.

Thursday, December 03, 2009

Salam,

Here we have it once again, the End of Year Countdown 2009. My age will turn to 34 years old. Oh tidaksss!! It has been a wonderful year to see my child growing up. My Tariq Ziyad can walk at 1 year 3 month. It’s such a fun time in a his development, when he look like wanting to get up and go for a wander. My Tariq now wants to be independent and explore his world at every opportunity. Once he walks 2 weeks after Aidilfitri, he can finally follow abah n mama around without crawling; he can keep up with his brothers Qayyim and sister Damia and see what they’re getting up to out yang tidak sepatutnya dilakukan at his age. He's trying to panjat sofa,tangga and even tring to take out all the groceries inside my kitchen cabinet.

Qayyim will be in kindergarten at LittleCaliph GMI. I'm expected him to know ABC n 123 shape, and colours at Mac2010. If he can't recognize at least on Jun2009, i've to do something. Salah saya or salah the montesssori? Lu pikirlah sendiri.hihihi

Damia will be in Standard 3 and still in SKJALAN 3 Bangi. Alhamdulillah, result akhir tahun masih OK. Doa dan harapan saya, Damia will be in class 3A. Insyaallah.

Projek yang masih terbengkalai:-

1. Nak jahit baju kurung sendiri. Masih belum berhasil
2. Nak jahit blouse sendiri. Dah siap, cuma belum 100% siap.
3. Cloth Diapers...bila la nak siap. Cari kain PUL & Microfleeze tak jumpa2. Jadinya saya bercadang nak guna flanel jer. Bak kata Miley Cyruss dlm The Climb..Usaha Usaha Usaha.

Sekian sahaja catatan dari Puan Ija. Selamat Hari Raya Aidiladha.

Thursday, November 19, 2009

Salam 1 MALAYSIA!!!

Hari ini saya nak share/berkongsi cara-cara nak renew maid. Saya jugak nak masukkan nota ni supaya senang untuk saya nak cari semula step-step nak renew maid ni. Sebenarnya, dah agak lewat nak renew my maid ni. Terlupa plak tarikh nak renew. Last week masa pergi cuti-cuti Malaysia ke Sabah baru la perasan, udah mau di renew rupanya bibik ku ini.

Inilah step-stepnya ya :

1. Pergi ke Fomema Office
-Borang Pendafataran
-Bank Draf RM190-Fomema Sdn Bhd
-Salinan muka pertama passport maid

2. Pergi pulak ke 2 klinik
-check kesihatan
-x-ray

3. Go to Fomema Website
-check result
-kalau OK. printkan result untuk dibawa ke IMI

4. Imigresen
-Password Maid
-Keputusan FOMEMA
-Bank Draf/Wang Pos-Ketua Pengarah Imigresen Malaysia
Jumlah Bayran: Levi:RM360 + Proses RM10 +PL/KS RM60= RM430

Tapi sebolehnya carilah maklumat sendiri yer di IMI.

Monday, August 10, 2009

Salam,

Agak lama tak update blog ni.Takde cerita yang menarik, cuma sekarang ni mood agak ler jugak.Agak-agak kenapa yer?Hanya orang yang mengetahuinya sahaja yg tahu kenapa sekarang ni, waktu yg agak tidak membosankan di ofis. Antara idea-idea yang ada dlm kepala untuk di share:

1.Nisfu Syaaban sudah berlalu, tak lama lagi kita sama-sama sambut Ramadhan.Lepas tu raya..yea yea.

2.My baby Tariq Ziyad sudah berumur 1 tahun pada 28 Jul lalu. Giginya sudah tumbuh 4 batang. Masih merangkak lagi. Walaupun merangkak, kalau tinggal sekejap, nun atas di sana dia panjat tangga. Lagi satu, dah pandai buat perangai kalau tak dapat apa-apa barang yg dia nak, especially makanan. Pantang nampak orang makan, dia nak makan jugak.

3.Qayyim pulak akan berumur 4 tahun esok (11 Aug). Mulutnya, makin besar makin menjadi-jadi. Menjawab je bila mama/abah cakap. Contoh eh:

Dia buka my kitchen cabinet, then dia bg tau Pak Mal dia. "Tengok pinggan-pinggan mama ni, semua ni untuk perkahwinan. Sekarang tak boleh pakai, tunggu perkahwinan yer"

Lagi satu, masa mama tgh drive, dia akan cakap "Bawak kereta tu elok-elok, jangan laju-laju nanti takut 'terbabas' dan 'kemalangan'"

Kalau mama telefon kerumah, "sudah la mama, jangan cakap lama-lama, nanti bil telefon kena bayar banyak, habis duit mama"

Macam-macam lah citer my anak teruna. Sekarang ni tunggu Tariq pulak besar n bercakap.

4. Terima kasih kepada Atok, Pakngah Faizal& MakNgah As, Pakcik Nurul, Cik Nor, MakAnjang yang telah memberikan hadiah kepada Tariq n Qayyim.

Terima kasih dan terima kasih.

Wassalam
---ija

Wednesday, May 06, 2009

Salam,

Ayousha.com tag saya untuk menjawab soklan soklan di bawah. Please find the answer as below ya Ayu:-


1. Was your first pregnancy planned?
No.

2. What was your second choice name for your site gender name?
Nama anak Ardini Damia Junaidy
Alamak . Tak ingat ler..tapi ramai yg suggest Junaidah Junaidy. sabo je ler.

3. What were your reactions?
Gembira yang teramat sangat.

4. How old were you?
25 yr

5. How did you find out you were pregnant?
Sungguh tragis. Demam 2 weeks, bila urine test -ve. Last sekali pergi specialist, baru ler tau, pregnant rupanya.

6. Who did you tell first?
Of course la Junaidy Jusoh, sebab dia g sekali.

7. Did you want to find out the sex?
Ya....Dr Ashar Abdullah yang excited nak kasitau.Kita tak tanya pun, tetiba jer dia cakap nampak ******

8. Due date?
8 Nov 2001

9. Did you have morning sickness?
Yes, asyik nak makan kuah tomyam bawah pokok kat Sri Petaling jer.

10. What did you crave?
Takde lah plak

11. What was your first child's sex?
Girl

12. How many pounds did you gain throughout the pregnacy?
B4 preggy 48, nak bersalin tuh 64kg. Naik dlm 16kg.

13. Did you have any complications during your pregnancy?
Alhamdulillah tiada..

14. Where did you give birth?
Ampang Puteri, Gynae Dr Ashar Abdullah, Paed, Arwah Dr Haliza Shafie

15. How many hours were you in labor?
From 4a.m to 9.45pm. Dari azan Suboh hingga ke azan Isyak.

16. Who drove you to the hospital?
Of course my husband

17. Who watched you giving birth?
Doctor, nurse and my husband

18. Was it natural or c-section?
Normal

19. Did you take medicine to ease the pain?
Yes.

20. How much did your child weigh?
3.83kg

21.When was your child actually born?
10 Nov 2001

22. What did you name him/her?
Ardini Damia

23. How old is your first born today?
7 years 5 month

24. Would you do it again?
Alhamdulillah, dah ada 3 org.

Ok Ayousha, ada apa2 lagi ke?heheheh

Monday, February 16, 2009

Assalamua'laikum

Hari ini adalah hari yang membosankan.Bosan dan bosan dan bosan dan bosey. Ada manusia yang akan menghumbankan dirinya jatuh tergolek di atas jalan raya.Hahhahaha.

Disebabkan tengah bosan ni, jadinya saya nak update pasal makan-makannnnnn.

Ini adalah tempat pilihan makan-makan ku bersama my i love u darling Junaidy.

Tempat-tempat pilihan ku:-

1. Dol Tomyam @ Kg Sikamat Kajang-siakap steam dia jer yg best
2. Marsche Restaurant @The Curve, i like sayur campur dier la$ Salmon.Nyam nyam
3. Chilli's @ KLCC - i like side dishes rib eye steak
4. Sri Penang @ Ikano - i like nasi goreng tomyam
5. Seoul Garden Restaurant @ OU. Ini je steamboat yg saya suke.
6. Tomy Rama @ The Garden / SP
7. Chicken Rice Shop
8. Kenny Rogers
9. The Theobroma Chocolate Lounge-nyam nyamm...strawberry cecah coklat..romantik gitu
10. Tenpayakki. Paling best kat Jusco Equine/Cheras Selatan. @ Ikano/TheMall dah tak cedapppppp..Tak best langsung.
11. Hahahha.Last skali...TGI Friday. Tak bestla. Side Dishes dia kureng menarik.

Sekian sahaja. Nanti kalau ada lagi tempat makanan yang best, boleh i update. Sesiapa yang pernah pergi Village View @ Kajang yang tempatnya sangat cantik dan besar, hati-hati yer. Harganye mahal tapi tak sedap. Masak kat rumah lagi 10 kali sedap.

Wednesday, January 21, 2009



Antara aksi-aksi menarik pada hari kenduri Kesyukuran Muhammad Tariq Ziyad, merangkap birthday Ardini Damia(7) dan juga Qayyim Rifqi (3). Terima kasih kepada semua yang hadir di rumah baru ku ini dan kepada kawan-kawan yang tak sempat nak jemput dan juga terlupa nak jemput, minta maaf banyak-banyak.

Tuesday, January 20, 2009

Salam bahagia, salam sejahtera.

Everyday, we'll see in the tv/paper kekejaman tentera Israel ke atas penduduk Gaza. Ramai penduduk Gaza kehilangan tempat teduh dan kehilangan makanan. Marilah kita sama-sama mendoakan semoga semua kekejaman ini akan berakhir.

I've received many email,sms on the need to boycott Israel product bcoz katanya McDonald, KFP akan donate their earning to Israel. Tapi bila difikirkan balik, kita maybe overlook the fact that many businesses are franchised and owned locally. I dont think malaysia people yg buat business here will donate their earning. I dun know, dan masih berfikir, tapi dalam masa berfikir tu, bila nak makan Mcd/Kfc akan fikir balik apa yg telah dilakukan especially kepada children, infant. Kesianya, sedih. Kalau kita makan, Israel will continue to fire rockets, Palestine will be attacked again, Salah kita juga!! ish ish. Where is the wisdom?

---ija

Friday, January 09, 2009



Inilah kesemua anak, menantu dan cucu Allahyarham Abdullah bin Saad dan Allahyarhamah Juiah Maarof yang sama-sama bercuti di Legend Cherating Resort.

Aksi-aksi over di pool dan di pantai.
9 Jan 2009. 7:29PM

Salam semua. Baru lah berkesempatan menulis blog hari ini di rumah, itupun sebab my hero Qayyim tertido dengan nyenyak. Kalau tidak, jangan harap dapat nak pegang notebook ni. Kepada parent yang masih melayani kerenah anak darjah 1, selamat bersabar ye. Memang mencabar kesabaran kalau anak yang jenis merengek-rengek. Tapi nak buat macamana, semua orang akan mengalaminya. Masih kecil di ajar bertatih, dah besar nak ajar pegi sekolah, kerja sekolah, mengaji.

Damia takde masalah tahun ni, cuma dia dapat Cikgu Ismail. Hahahhaha. Cikgu yang digeruni oleh semua pelajar SK Jalan 3 Bangi. Tapi bila dah seminggu sekolah ni, ada jugak nampak perubahan my anak dara. Baju tak kotor, kasut tak kotor, kuku di jaga supaya tak panjang, KALAU TAK....di akan di denda oleh Cikgu Ismail.Biar dia rasa. Tahun lepas masa darjah satu, baju kurungnya, YA ampunnnn..ayam kari pun boleh letak dalam poket sebab tak sempat nak makan. Jadinya dia makan sambil berjalan ke kelas. Ada kaaa???

Ini ada sikit gambar masa bercuti di Cherating yang tak sempat nak upload sebelum ni.

Tuesday, January 06, 2009




Salam Maal Hijrah 1430 dan Selamat Tahun Baru 2009.

Minta maaf yer Puan Hasnah Omar, saya tak sempat ler nak upload gambar ke Cherating. Semua gambar ada dlm notebook kat rumah. Dengan cuti Krismas, Awal Tahun dan cuti buka sekolah, kelam-kabut.Maklumla baru sebulan masuk kerja lepas bersalin. Walaubagaimanapun, ini ada gambar my new baby Tariq Ziyad.